Saturday, 13 September 2014
Sunday, 31 August 2014
Selasa, 26 Ogos 2014,
Muzium Negara Malaysia, Selasa, 26 Ogos 2014,
Muzium Negara Malaysia,
Wan Muhammad Fizri Bin Wan Rafai
17DHK14F1100
Laporan,
Pada hari selasa, 26 Ogos 2014, kami DHK1c telah pergi ke muzium Negara. Kami mula berkumpul pada jam 6.30 pagi. Kami diberi taklimat secara ringkas oleh ketua iaitu En Kazar selaku pensyarah program. Pada jam 6.45 pagi, kami semua menaiki bas dan diberi sarapan pagi. Perjalanan diteruskan untuk tiba di destinasi. Pada jam 10 pagi, kami semua telah selamat tiba ke muzium Negara dan disambut oleh dua orang pegawai muzium Negara iaitu Encik Badrol Hisyam bin Abdul Rahman dan Puan Fadhliatun binti Azmi.
Selepas itu, kami semua masuk ke dalam muzium dan diberi penarangan ringkas oleh encik Badrol tentang tentatif program. Lawatan diteruskan dengan memasuki galeri A. Galeri A mempunyai pra sejarah tamadun awal di Malaysia. Encik Badrol menerangkan antara tamadun-tamadun awal di Malaysia.
Di galeri B, kami diberi penerangan kerajaan awal yang terdapat di Malaysia. Di situ kami dapat mengetahui tentang kerjaan yang pernah wujud pada zaman dahulu.
Di geleri C mempunyai tentang jajahan yang pernah menduduki di Malaysia. Jajahan yang pernah berlaku pada ketika dahulu telah memberi erti kepada rakyat pada masa kini. Erti pengorbanan tokoh-tokoh terdahulu utuk memerdekakan Negara perlu disemat dalam diri setiap rakyat Malaysia.
Di geleri D, kami diterangkan tentang pembentukan Malaysia pada masa kini. Di sini, menunjukkan pembentukan sebuah Negara yang berdaulat yang pada masa kini. Di sini juga, perpaduan kaum dalam masyarakat pada masa kini amat penting dalam membentuk sebuah Negara yang berdaulat.
Setelah diberi penerangan, acara diteruskan dengan pemberian cendera hati oleh ketua program kepada pegawai muzium Negara. Setelah itu, program bergambar bersama pegawai muzium Negara sebagai tanda kenang-kenangan. Seterusnya, kami berehat seketika dan mengambil hidangan makanan tengah hari. Sesudah itu, kami meneruskan acara dengan melawat tempat-tempat yang ada di kawasan muzium Negara tersebut.
Setelah semua acara selesai, kami mengambil gambar di hadapan muzium Negara untuk dijadikan sebagai bukti lawatan kami ke muzium Negara. Selepas itu, kami diberi rehat dan menunggu bas untuk pulang. Tepat pada jam 2 petang, kami menaiki bas untuk pulang ke politeknik. Inilah yang saya dapat rumuskan tentang program ini.
1.Batu Nisan Zaman Kesultanan Melayu Melaka |
2.Replika Bunga Emas yang dijadikan ufti |
3.Pengangkutan yang digunakan jepun semasa masuk ke tanah melayu |
4.Uniform yang dipakai oleh tentera jepun semasa era penjajahannya |
5.Ber "SELFIE" Bersama Zira And Apeyy |
6.Replika Kereta kebal yang dipamerkan di Muzium Negara |
7.Bergambar bersama pelajar DHK1C |
8.Bergambar bersama pelancong dari Florida |
Muhammad Afiq bin Md Zaki.(17DHK14F1094)
Selasa, 26 Ogos 2014,
Muzium Negara Malaysia,
Laporan,
Pada hari selasa, 26 Ogos 2014, kami ke muzium Negara. Kami semua telah berkumpul pada jam 6.30 pagi. Kami semua telah diberi taklimat secara ringkas oleh ketua program. Pada jam 6.45 pagi, kami semua menaiki bas dan diberi sarapan pagi. Perjalanan diteruskan untuk tiba di destinasi. Pada jam 10 pagi, kami semua telah selamat tiba ke muzium Negara dan disambut oleh dua orang pegawai muzium Negara iaitu Encik Badrol Hisyam bin Abdul Rahman dan Puan Fadhliatun binti Azmi.
Selepas itu, kami semua masuk ke dalam muzium dan diberi penarangan ringkas oleh encik Badrol tentang tentatif program. Lawatan diteruskan dengan memasuki galeri A. Galeri A mempunyai pra sejarah tamadun awal di Malaysia. Encik Badrol menerangkan antara tamadun-tamadun awal di Malaysia.
Di galeri b, kami diberi penerangan kerajaan awal yang terdapat di Malaysia. Di situ kami dapat mengetahui tentang kerjaan yang pernah wujud pada zaman dahulu. Di geleri C mempunyai tentang jajahan yang pernah menduduki di Malaysia. Jajahan yang pernah berlaku pada ketika dahulu telah memberi erti kepada rakyat pada masa kini. Erti pengorbanan tokoh-tokoh terdahulu utuk memerdekakan Negara perlu disemat dalam diri setiap rakyat Malaysia.
Di geleri D, kami diterangkan tentang pembentukan Malaysia pada masa kini. Di sini, menunjukkan pembentukan sebuah Negara yang berdaulat yang pada masa kini. Di sini juga, perpaduan kaum dalam masyarakat pada masa kini amat penting dalam membentuk sebuah Negara yang berdaulat.
Setelah diberi penerangan, acara diteruskan dengan pemberian cendera hati oleh ketua program kepada pegawai muzium Negara. Setelah itu, program bergambar bersama pegawai muzium Negara sebagai tanda kenang-kenangan. Seterusnya, kami berehat seketika dan mengambil hidangan makanan tengah hari. Sesudah itu, kami meneruskan acara dengan melawat tempat-tempat yang ada di kawasan muzium Negara tersebut.
Setelah semua acara selesai, kami mengambil gambar di hadapan muzium Negara untuk dijadikan sebagai bukti lawatan kami ke muzium Negara. Selepas itu, kami diberi rehat dan menunggu bas untuk pulang. Tepat pada jam 2 petang, kami menaiki bas untuk pulang ke politeknik. Inilah yang saya dapat rumuskan tentang program ini.
Alatan yang digunakan pada zaman paleolitik
Antara pakaian yang dihasilkan pada zaman neolitik
peralatan yang dihasilkan pada zaman gangsa
Peralaran perang yang digunakan olah penjajah
Basikal yang digunakan oleh tentera Jepun
Tengkolok diraja
Dokumen perlantikan yang di-Pertuan Agong ke-14
Gambar di hadapan muzium Negara.
Gambar bersama pegawai muzium Negara.
LAWATAN KE MUZIUM NEGARA
LAPORAN
LAWATAN
TAJUK:LAWATAN
SAMBIL BELAJAR DI MUZIUM NEGARA
TARIKH:26
OGOS 2014
NAMA:NATASHA
BINTI HAMJAH
NO
MATRIK:17DHK14F1107
NAMA
PENSYARAH:EN.MOHD KAZAR BIN RAZALI
NAMA SUBJEK:PENGAJIANN MALAYSIA (DUB 1012)
Pada tarikh 26 ogos 2014,pada pagi tersebut,pada jam 6:30
pagi kami diminta berkumpul di depan lobi anjung persona,dan bertolak pada jam
7:00 pagi, seramai 38 orang yang mengikuti lawatan sambil belajar di muzium
Negara,ianya terdiri daripada rakan sekelas dan pensyarah kami iaitu Encik Mohd Kazar Bin Razali sebagai guru pengiring,
kami
sampai pada jam 10:00 pagi dan diminta beratur untuk mendapatkan tiket masuk ke
muzium.ini adalah pertama kali saya menjejak kaki di muzium ini,terasa amat
bertuah kerana diberi kesempatan sebegini,di sini la terletaknya khazanah dan
bukti zaman terdahulu yang wujud di Malaysia pada ketika dahulu yang tidak
sempat saya alami.Kemudian kami memasuki muzium dengan iringan pensyarah
pengajian Malaysia kami, kami disambut oleh dua orang staf muzium iaitu Encik
Badrol Hisyam b. Abdul Rahman dan juga Puan Fadhliatun Bt Azmi yang manis
orangnya.
Seterusnya,
kami diberikan sedikit sebanyak penerangan tentang muzium tersebut.Muzium ini terbahagi
kepada 4 galeri iaitu Galeri A (sejarah awal) yang menerangkan tentang cara
hidup masyarakat awal menerusi setiap artifak yang dipamerkan,alatan yang
digunakan pada zaman logam,neolitik,paleolitik, Galeri B (kerajaan awal tanah
melayu) lebih kepada melaka ,Galeri C (penjajahan tanah melayu) sejarah kedatangan
kuasa asing bermula dari penjajahan portugis ke atas Melaka pada tahun 1511
yang menandakan berakhirnya zaman kesultanan melayu Melaka sehingga pendudukan
jepun dan Galeri D (Malaysia kini) sejarah gerakan awal nasionalisme yang
dipelopori oleh tokoh kebangsaan dari pelbagai kaum,bermula daripada campur
tangan inggeris sehingga mencapai kemerdekaan pada 1957 dan turut memaparkan
pencapaian Negara selepas kemerdekaan hingga kini.
selain itu,kami dibawa melawat
sekitar muzium dan diberi penerangan tentang sejarah awal tamadun,sistem pemerintahan ,perkembangan
sosial,serta pembentukan Malaysia,ini
adalah foto yang diambil oleh saya di muzium tersebut,
rempah ratus dan hasil hutan
rantai diperbuat dari cengkerang
cop mohor kerajaan melayu
jenis matawang
batu nisan sultan mansur shah
bendul pintu
kapal perahu diraja
batu ibnu sardan
seramik dari kapal turiang
Maklumat yang disampai oleh mereka adalah sangat berguna
walaupun lebih kurang dua jam,tetapi banyak perkara yang baharu bagi saya,untuk
menimba ilmu.
Pada
jam 12:00 tengahari,kami dilepaskan untuk makan tengah hari yang disediakan
oleh AJK makanan yang bertempat di cafeteria muzium Negara,setelah selesai
makan kami diberikan masa selama setengah jam oleh En.kazar untuk melawat
kawasan sekitar muzium untuk mengumpul maklumat yang lebih terperinci lagi .
Pada
jam 2:00 petang kami berkumpul di tempat yang telah ditetapkan dan bertolak,di dalam
perjalanan kami singgah di hentian rehat SG,Buloh pada pukul 2:30 petang untuk
menunaikan solat fardhu dan makan.kami bergerak pulang pada jam 3:00 petang dan
tiba di politeknik pada jam 5:00 petang.
lawatan yang dijalankan ini adalah sangat
berguna,ini kerana banyak pengetahuan yang dapat saya perolehi daripada lawatan
ini,lawatan ini juga dapat menarik minat pelajar dalam mempelajari pengajian
Malaysia dengan lebih mendalam dan bersungguh sungguh,Dan ribuan terima kasih
saya ucapkan kepada pihak muzium kerana telah memberi kami kesempatan untuk
mengunjungi muzium ini.
Ini
adalah foto-foto yang dapat saya sediakan
Saturday, 30 August 2014
Tajuk : lawatan sambil belajar
Tarikh : 26 Ogos 2014
Tempat : Muzium Negara
Disediakan oleh : Raja Nurul Shahira Binti Raja Arif
No pendaftaran : 17DHK14F1085
Disediakan oleh : Raja Nurul Shahira Binti Raja Arif
No pendaftaran : 17DHK14F1085
Pada 26 Ogos 2014 yang lalu, kelas DHK1C dari Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) telah mengadakan satu lawatan ke Muzium Negara bertujuan untuk mendapatkan seberapa banyak maklumat di sana memandangkan kami sekelas telah mengambil kursus Pengajian Malaysia untuk semester 1 di politeknik.
Pelajar yang terlibat ialah seramai 37 orang. Lawatan kami juga telah diiringi oleh pensyarah kursus Pengajian Malaysia iaitu En. Kazar bin Razali. Kami telah bertolak dari politeknik seawal jam 7 pagi. Sebelum bertolak, kami telah diberikan taklimat ringkas dari En. Kazar dan diteruskan bacaan doa. Kami tiba di muzium pada pukul 10 pagi. Kedatangan kami telah disambut oleh seorang lelaki yang berumur tetapi masih tetap gagah dan bersemangat untuk menjalankan tanggungjawab beliau. Seumur saya 18 tahun, inilah kali pertama saya menjejakkan kaki ke Muzium Negara. Pandangan pertama saya sewaktu kami sampai di Muzium Negara ialah saya rasa sangat bangga dan bertuah.
Setelah masuk, kami beratur untuk mendapatkan tiket. Harga tiket masuk hanyalah RM 2. Jadi saya fikir semua orang mampu ke sana. Hal ini kerana, hanya dengan RM 2, kita dapat mengetahui tentang sejarah negara kita. Setelah masuk, kami diperkenalkan kepada seseorang yang akan menjadi ‘tourist guide’ kami iaitu En. Hisyam. Pandangan pertama saya terhadap beliau ialah bangga dan hormat. Walaupun beliau agak berumur, tetapi beliau masih mengingati setiap sejarah di negara kita dan dapat menyampaikan maklumat kepada kami dengan lebih terperinci. Tambahan pula, beliau sudah lama berkhidmat di sana.
Muzium Negara mempunyai 4 galeri utama. Galeri A dan B terletak di tingkat bawah. Manakala Galeri C dan D terletak di tingkat atas. Pertama, En. Hisyam telah membawa kami ke galeri A. Menurut En. Hisyam, Galeri A ini berkaitan dengan ‘Sejarah Awal Malaysia, Zaman Batu dan Pra-sejarah’. Di sini kami dapat melihat bagaimana kehidupan manusia yang dahulu. Terdapat 4 zaman awal iaitu Paleolitik ( zaman batu awal), Maseolitik (epi-paleolitik ), Neolitik dan Zaman Logam. Banyak pengetahuan yang kami dapat di sini. Contohnya, tentang kehidupan mereka, tempat perlindungan mereka, peralatan yang digunakan dan macam-macam lagi.
Seterusnya kami ke Galeri B yang dikenali sebagai ‘Kerajaan Awal Melayu’. Antara kerajaan awal melayu ialah Melaka, Kedah Tua dan lain-lain. Tapi di sini lebih banyak menceritakan tentang kerajaan Melaka. Melaka sangat terkenal dengan laluan strategiknya, perdaganganya dan sebagainya. Pedagang dari India, Cina, Arab dan lain-lain selalu datang berdagang di Melaka.
Lawatan kami diteruskan ke Galeri C iaitu ‘Penjajahan Koloneal Era Barat Dan Timur’. Di galeri ini menceitakan tentang bagaimana Tanah Melayu dijajah oleh kuasa barat dan timur. Bermula pada tahun 1511 sehingga 1641, Tanah Melayu telah dijajah oleh Potugal. 1641 sehingga 1824, Belanda pula datang menjajah Tanah Melayu. Setelah Belanda berundur, British datang menjajah Tanah Melayu pada tahun 1824 sehingga 1942. Kekayaan Tanah Melayu juga mendapat perhatian dari penjajah dari timur iaitu Jepun. Jepun pula telah menjajah Tanah Melayu selama 3 tahun dari tahun 1942 sehingga 1945. Setelah Jepun menyerah kalah, British kembali menjajah Tanah Melayu dari tahun 1945 sehingga 1957. Selama 447 tahun Tanah Melayu dijajah disebabkan oleh faktor ekonomi, perluasan kuasa dan sebagainya.
En. Hisyam juga telah membawa kami ke Galeri D iaitu tentang ‘Malaysia Kini’. Di galeri ini, banyak menceritakan tentang bagaimana pembentukan Malaysia, bagaimana penggabungan Tanah Melayu dengan Sabah dan Sarawak. Pada 16 September 1963, terbentuklah Malaysia secara sah. Selepas melawat keempat-empat galeri, kami dilepaskan untuk menikmati makan tengahari yang telah disediakan oleh pihak kafeteria Muzium Negara. Setelah makan, En. Kazar telah melepaskan kami di sekitar kawasan muzium untuk melawati dan mengumpul apa-apa maklumat yang belum sempat kami dapat sewaktu penerangan dari En. Hisyam sebentar tadi.
Pada pukul 2 petang, kami telah bertolak untuk pulang ke politeknik. Sebelum pulang, kami sempat singgah di Restoran Jejantas Sungai Buloh untuk solat zuhur dan membeli sedikit makanan untuk bekalan diatas bas. Kami meneruskan perjalanan pada pukul 3 petang. Semua pelajar tertidur kerana keletihan. Walaupun penat, kami tetap gembira kerana ini merupakan lawatan yang sangat bermakna. Terlalu banyak pengetahuan yang kami dapat dan lawatan sebegini sewajarnya dicontohi dan diadakan pada masa akan datang kepada pelajar lain kerana ia mendatangkan banyak kebaikan dan pengetahuan. Terima kasih juga diucapkan kepada pihak Muzium Negara kerana sudi menerima lawatan kami.
Gambar 1 : Saya sempat bergambar bersama rakan sekelas, En. Kazar, En. Hisyam dan seorang lagi pegawai muzium.
Gambar 2 : haa.. tengok, pelancong asing pun datang melawat Muzium Negara tau. Proud be Malaysian!!
Gambar 3 : Antara gambar-gambar yang sempat diambil di muzium
NURUL FATHIAH BT MD.YUSOF (17DHK14F1075)
Tajuk : Sejarah Malaysia
Pengarang : Nurul Fathiah Binti md.yusof
Sempena
menyambut Hari Kemerdekaan yang bakal tiba ni Saya ingin mengulas tentang
pengalaman saya pergi Lawatan sambil belajar ke Muzium Negara di Kuala Lumpur.
Lawatan tersebut telah dibuat pada hari selasa yang lepas bersama 26 ogos 2014.
Seramai 40 orang yang mengikuti lawatan tersebut ianya terdiri daripada rakan
kelas, pensyarah sebagai guru pengiring dan dua orang lagi pembantu dan pemandu
bas.
Kami
berkumpul di lobi Anjung Persona pada pukul 6:30 pagi, dan bertolak dari PSIS
pada pukul 7:00 pagi. Sebelum menaiki bas kami diberi taklimat sedikit oleh pensyarah
kami iaitu Encik Mohamad Kazar bin Razali. Dan kemudian kami membaca doa yang
diketuai oleh Zunnur ini bagi memudahkan segala urusan.
Kami
tiba di Muzium Negara pada pukul 11:00 pagi. Tiba saja di sana kami semua berkumpul dan menerima tiket untuk masuk ke
dalam muzium. Di sana kami di pandu oleh seorang Penolong Kurator iaitu Encik
Badrul Hisham yang memberi sedikit penerang mengenai tempat-tempat di muzium
tersebut. Menurut beliau terdapat empat galeri di sini yang mempunyai lain
cerita sejarahnya iaitu Galeri A (Sejarah Awal) , Galeri B (Kerajaan-kerajaan
Melayu), Galeri C (Era Kolonial) dan akhir sekali Galeri D (Malaysia Kini).
En.
Hisham telah membawa kami semua melawat keempat-empat galeri tersebut dan
beliau juga menceritakan kepada kami tentang sejarah-sejarah yang berlaku
sepanjang negara kita ingin memperolehi kemerdekaan seperti sekarang.
Baiklah
seterusnya saya akan menceritakan sedikit demi sedikit mengenai sejarah di
negara kita. Di Galeri A anda boleh mengetahui lebih lanjut mengenai Zaman
Prasejarah dan Sejarah awal Malaysia. Seperti yang kita tahu pada zaman awal
prasejrah terdapat empat jenis zaman iaitu zaman Paleolitik, zaman Neolitik,
zaman Mesolitik dan zaman Logam. Zaman
Paleolitik atau juga dikenali dengan Zaman Batu Awal merangkumi suatu jangka
masa yang panjang, iaitu sejak kewujudan manusia hingga sekitar 10,000 tahun
silam. Di Malaysia, bukti awal menunjukkan aktiviti manusia zaman itu bermula
sejak 300,000 tahun dahulu. Zaman ini dicirikan melalui penggunaan peralatan
batu untuk menetak dan peralatan daripada serpihan batu yang lain. Sebagai
contoh di Kota Tampan, peralatan zaman ini ditemui di dalam lapisan debu gunung
berapi Toba yang bertarikh 75,000 tahun dahulu. Mereka juga dikatakan hidup
secara berpindah randah, memburu haiwan, menangkap ikan, dan memungut hasil
hutan sebagai sumber makanan. Dan gua adalah tempat untuk mereka berteduh dan
bermalam. Dan Zaman seterusnya sama saja cuma perbezaannya peralatan mereka dan
daya permikiran mereka juga semakin lama semakin baik.
Rajah 1
Perbezaan bentuk rangka kepala manusia mengikut peredaran zaman.
Rajah 2
Alat penetak yang digunakan oleh manusia pada zaman Paleolitik.
Rajah 3
Alat Beliung Bergilap. Digunakan untuk menebang dan menebuk pada Zaman
Neolitik.
Rajah 4
Gelang Batu yang dijumpai di tapak perkuburan Neolitik.
Galeri
B (Kerajaan-kerajaan Melayu), disini mereka mempamerkan bukti-bukti sejarah
mengenai kemunculan kerajaan-kerajaan melayu di seluruh Nusantara khususnya di
Tanah Melayu dan Borneo. Kemuncak kegemilangan berlaku pada abad ke-15 dengan
kemunculan Kerajaan Melayu Melaka. Turut dimuatkan adalah pembentukan
kerajaan-kerajaan sezaman dan selepas Melaka yang menjadi asas pembentukan
negeri-negeri seperti yang wujud hari ini.
Rajah 5
Merupakan Batu Alas Tiang yang ditemui di Lembah Bujang, Kedah. Ia dipercayai
digunakan sebagai alas tiang balai berhala Hindu-Buddha antara abad ke-5 hingga
12 Masihi. Penemuan batu ini membuktikan bahawa wujudnya pusat peradaban dan
kerajaan di Lembah Bujang.
Rajah 6
Avalokitesvara. Patung Avalokitesvara ini ditemui di sebuah lombong bijih timah
milik Anglo Oriental, Bidor, Perak pada tahun 1936. Ia diperbuat daripada
gangsa dan punyai lapan tangan namun satu daripadanya telah patah. Mengikut
pentarikhan, patung ini dianggarkan wujud antara kurun ke-7 hingga 12 Masihi
pada zaman peradaban Hindu-Buddha. Berat patung ini ialah 140 paun dan
tingginya 93sm.
Rajah 7
Kitab Suci Al-Quran. Tulisan tangannya berasal dari Nusantara.
Galeri
C ( Era Kolonial), disini lebih tentang pada zaman penjajahan di Malaysia. Dari
awal penjajahan hinggalah ke akhirnya.
Rajah 8
Bunga Mas, ufti yang dihantar setiap tiga tahun oleh raja-raja Melayu
negeri-negeri utara Semenanjung Malaysia (Kedah,Kelantan, Terengganu dan
Patani) kepada Raja Siam di bangkok sebagai lambang persahabatan. Pengiriman
Bunga Mas bermula pada abad ke-14 dalam satu persembahan warna-warni penuh
istiadat diiringi dengan empat bilah lembing dengan tengkuk hulunya bersalut
emas, sebilah keris bertatah permata, sebiji ketur, celepa, sirih junjung dan
dua bentuk cincin. Sebagai balasan Raja Siam Menghadiahkan barang-barang yang
senilai dengannya. Pengiriman Bunga Mas telah dihentikan pada abad ke-19.
Rajah 9
Basikal Tentera Jepun pada tahun 1941.
Galeri
D ( Malaysia Kini). Di galeri ini lebih mempamerkan mengenai pembangunan malaysia
kini. Dari awal merdeka sehinggalah kita menjadi negara yang maju sebegini.
Juga ada mempamerkan mengenai kisah sejarah Tuntutan Filipina keatas Sabah.
Pada tahun 1962, kerajaan Filipina telah menuntut kerajaan British supaya
menyerahkan negeri tersebut yang didakwa sebagai hak mereka memandangkan Borneo
Utara adalah sebahagian daripada kesultanan Sulu. Selepas pembentukan Malaysia
pada tahun 1963, Filipina mengemukakan tuntutan terus kepada kerajaan Malaysia.
Akhirnya, pada 12 Februari 1964, Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman telah
mengumumkan secara rasmi pemulihan hubungan diplomatik di antara Malaysia dan
Filipina.
Rajah
10 Tengkolok Diraja merupakan pakaian kebesaran Raja-Raja Melayu sejak beberapa
kurun lamanya.
Rajah
11 Peta Malaysia.
Itu saja
dari saja, harap dapat memberi sedikit pertambahan info kepada anda mengenai
sejarah-sejarah di negara kita Malaysia.Tidak lupa juga ribuan terima kasih kepada pensyarah Pengajian Malaysia kami Encik
Mohamad Kazar bin Razali dan dua orang pegawai muzium iaitu En.Badrul Hisham
dan Cik Fadhiatun atas informasi yang telah mereka kongsikan.
Subscribe to:
Posts (Atom)