Sunday 20 July 2014

PERLEMBAGAAN

                                        APAKAH MAKSUD PERLEMBAGAAN?

l  Undang-Undang Asas dan Prinsip yang digunakan untuk pemerintahan dalam tiap tiap negeri atau persatuan. Perlembagaan juga diiktiraf sebagai undang undang tertinggi dalam negara.
l  Terdapat 16 bahagian dalam perlembagaan iaitu

1. Negeri negeri Agama dan Undang undang bagi Persekutuan
2. Kebebasan Asasi
3. Kewarganegaraan
4. Persekutuan
5. Negeri negeri
6. Perhubungan Antara Persekutuan Dengan Negeri negeri
8. Pilihan Raya
9. Badan Kehakiman
10. Perkhidmatan perkhidmatan Awam
11. Kuasa Khas Menentang Perbuatan Subversif dan Kuasa Darurat
12. Am & Pelbagai
13. Perlindungan Tambahan Bagi Negeri Sabah & Sarawak
14. Peruntukan Sementara & Peralihan
15. Kecualian Bagi Kedaulatan Raja raja
16. Prosiding Terhadap Yang Dipertua Agong dan Raja Raja

JENIS-JENIS PERLEMBAGAAN
1.      Perlembagaan Bertulis (Written Constitution)

l  Perlembagaan bertulis adalah satu peruntukan dokumen bertulis yang telah digubal sebagai undang-undang sesebuah negara. Maksudnya, setiap tindakan yang ditetapkan di dalam dokumen ini harus dipatuhi dalam apa jua fungsi.

2.       Perlembagaan Tidak Bertulis (Unwritten Constitution)

l  Bagi Perlembagaan Tidak Bertulis pula bermaksud negara yang tidak memerintah berpandukan dokumen bertulis seperti United Kingdom.
l  Semua prinsip perlembagaan yang tidak terkumpul dalam satu dokumen seperti undang-undang yang diluluskan oleh parlimen dan keputusan mahkamah.

Sifat Perlembagan Bertulis :
l  Ia kukuh dan sukar dibuat pindaan melainkan ada peruntukkan dalam perlembagaan tersebut membolehkan ianya dipinda
l  Parlimen mempunyai kuasa membuat undang-undang terhadap perkara yang terkandung dalam Perlembagaan tetapi Parlimen dilarang membuat undang-undang yang bertentangan dengan kebebasan asasi
l  Tugas mahkamah – mentafsir undang dan melindungi Perlembagaan
Konsep Perlembagaan
l  Sebagai sumber undang-undang yang tertinggi
l  Menjadi garis panduan pembentukan undang-undang sama ada di pihak pemerintah dan rakyat
l  Mengandungi semua undang-undang dan peraturan asas negara
l  Menentukan arah tujuan politik sesebuah negara

Tujuan Perlembagaan
l  Untuk mewujudkan satu bentuk pemerintahan yang adil
l  Untuk mengelakkan penyalahgunaan kuasa oleh pemerintah
l  Mengawal pergerakkan kerajaan dan rakyat
l  Sebagai alat untuk menyelesaikan masalah
l  Menjamin riwayat negara bangsa
l  Menjamin keamanan dan kestabilan negara

Ciri-ciri Perlembagaan Persekutuan
l  Malaysia sebagai sebuah Persekutuan
l  Raja Berpelembagaan
l  Demokrasi berparlimen
l  Agama Islam sebagai agama rasmi
l  Ketinggian Perlembagaan
l  Kebebasan Undang-undang
l  Pengasingan kuasa

Peruntukan Utama Dalam Perlembagaan Malaysia
l  Bahasa
l  Agama
l  Hak-hak asasi
l  Kedudukan Istimewa Orang Melayu / Bumiputra
l  Kedudukan Raja-raja Melayu
l  Kewarganegaraan

Hak-hak Asasi : Perkara 5 -13
l  Per 5 : Kebebasan Diri
l  Per 6 : Keabdian dan kerja paksa
l  Per 7 : Perlindungan daripada undang2 jenayah berkuatkuasa kebelakang dan   perbincangan pengguna
l  Per 8 : Samarata
l  Per 9 Larangan buang negeri dan kebebasan bergerak
l  Per 10 : Kebebasan bercakap, berhimpun dan menubuhkan persatuan
l  Per 11 : Kebebesan Agama
l  Per 12 : Hak-hak berkenaan dengan pelajaran
l  Per 13 : Hak terhadap harta



Peruntukan Perundangan berkaitan kawalan hak asasi
l  Memberi kuasa kepada kerajaan untuk mengadakan kerahan tenaga untuk anggota tentera , polis dan pertahan sivil
l  Akta Buang Negeri ( 1959)
l  Sekatan bagi individu bukan warganegara

Enakmen Sekatan Kediaman
l  Menteri Besar boleh memberikan maklumat (selepas siasatan) kepada Raja atau Yang Dipertuan Negeri tentang arahan kepada individu untuk tinggal di daerah tertentu , atau dilarang memasuki daerah tertentu
l  Raja atau Yang Dipertua Negeri boleh membuat arahan sekatan kediaman seumur hidup atau tempoh yang tertentu berdasarkan kuas perlembagaan
l  Individu yang dikenakan sekatan ini akan diletakkan di bawah penguasaan Polis

Ordinan Perkhidamatan Negara (1952)
l  Ordinan (Menjaga) Ketenteraman Awam (1958)
l  Menteri berkuasa untuk mengisytiharkan mana-mana kawasan berada dalam keadaan merbahaya jika pada fikirannya keamanan dan ketenteraman awam adalah terganggu dan terancam.

Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960
l  Akta Keselamatan Dalam Negeri (1960)
l  digubal untuk keselamatan negara melalui penahanan , pencegahan, penahanan subversif, emnyekat keganasan teratur terhadap orang atau harta benda .
l  Penahanan tidak melebihi 2 tahun
l  Perintah diperbaharui setiap 2 tahun

Akta Rahsia Rasmi 1972
l  perlindungan maklumat rasmi yang dikelaskan sebagai rahsaia kerajaan
l  sesuatu dokumen itu dikatakan rasmi :-
l  mengikut Akta 1972
l  kuasa pegawai awam mengkategorikan mana-mana dokumen sebagai ‘paling rahsia’, ‘rahsia’ , ‘sulit’ atau ‘terhad’.

Akta Fitnah 1957 (semakan 1983)
l  Perlindungan reputasi atau imej bagi anggota masyarakat
l  Fitnah dari segi undang2 terbahagi kepada dua :-
1) Libel – berbentuk tetap –tulisan dan gambar
2) Slander – berbentuk ucapan @ isyarat anggota badan

Akta Hasutan 1948 (semakan 1969)
l  Melakukan perbuatan yang mempunyai kecenderungan menghasut
l  Contoh mendatangkan perasaan benci , penghinaan dan tidak suka terhadap Raja dan kerajaan


Kedudukan Istimewa Orang Melayu/Bumiputra : Perkara 153
Yang Dipertua Agong bertanggungjawab menjamin kedudukkan istimewa
l  Orang-orang Melayu
l  Anak negeri di Sabah dan Sarawak

Orang Melayu ditakrifkan :-
1) beragama Islam
2) bertutur dalam bahasa Melayu
3) mengamalkan adat istiadat Melayu.
4) lahir sebelum hari merdeka atau pada hari merdeka

Anak negeri Sabah dan Sarawak ditakrifkan :-
Di Sabah:
- Seseorang yang berketurunan kaum asli di Sabah, dilahirkan di Sabah atau bapanya pada masa kelahirannya bermastautin di Sabah .

Di Sarawak:
- Seseorang daripada mana-mana satu kaum asli Sarawak seperti Bisayah, Bukitan, Dayak Darat (Bidayuh), Dayak Laut (Iban), Dusun , Kayan, Kedayan, Kenyah, Lisum, Lugat, Melanau, Melayu,Murut, Penan, Sian, Unit atau campuran kaum tersebut.

Perlaksanaannya :-
1) Jawatan dalam Perkhidmatan Awam dirizabkan kepada orang Melayu/Bumiputra
2) Permit Perniagaan, Biasiswa dan bantuan pendidikan

Kedudukan Raja-raja Melayu : Perkara 39-44, 181-183
Perkara 181 A :
- Pengecualian bagi kedaulatan Raja-raja dan sebagainya –kedaulatan,hak kedaulatan, kuasa dan bidang kuasa Raja-raja. Sebagaimana yang telah ada dan dinikmati hingga sekarang adalah tidak tersentuh
Perkara 181 B :
- Tiada apa-apa perbicaraan yang boleh dibawa ke dalam mana-mana mahkamah terhadap Raja bagi sesuatu negeri atas sifat peribadinya kecuali
- Mahkamah Khas (ditubuhkan di bawah bahagian 15)
- Larangan Prosiding terhadap YDPA dan Raja ditinggalkan selepas kuatkuasa akta ini

Perkara 182
- Mahkamah Khas

Perkara 183
- Tiada tindakan , sivil atau jenayah boleh dimulakan terhadap YDPA atau Raja sesuatu Negeri berkenaan dengan apa-apa jua yang dilakukan atau ditinggalkan daripada dilakukan olehnya atas sifat peribadinya kecuali dengan izin Peguam Negara.

Rujukan:1. Buku perlembagaan Malaysia bab 7(kewarnegaraan)
             2. http:/www.slideshare.net/azah83.my/pm-bab-7-perlembagaan-persekutuan#

Kewarganegaraan Malaysia

PERUNTUKAN PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
kewarganegaraan
hak asasi warganegara
bahasa Melayu
agama Islam
kedudukan istimewa orang Melayu
kedudukan istimewa Bumiputera Sabah & Sarawak
CARA-CARA PEROLEH KEWARGANEGARAAN
kuat kuasa undang-undang
pendaftaran isteri dan anak warganegara
naturalisasi
penggabungan wilayah
KEWARGANEGARAAN MELALUI KUAT KUASA UNDANG-UNDANG
lahir di Malaysia < Hari Malaysia
lahir di Malaysia > Hari Malaysia
ibubapanya lahir di Malaysia/pemastautin tetap
bapanya bekerja dengan kerajaan Malaysia di luar negara dan kelahiraannya di daftarkan dengan Pejabat Konsul Persekutuan atau didaftarkan dengan kerajaan Malaysia jika lahir di Sabah,Sarawak,Singapura dan Brunei dalam tempoh 1 tahun
KEWARGANEGARAAN SECARA PENDAFTARAN
ibu atau bapanya warganegara Malaysia,dia berumur < 21 tahun didaftarkan jadi warganegara Malaysia
suaminya warganegara Malaysia, jika isterinya ingin jadi warganegara Malaysia, dia mesti bermastautin di Malaysia selama 2 tahun, kelakuan baik, masih berkahwin, perkahwinannya didaftarkan di Malaysia
individu yang berumur 18 tahun atau lebih yang lahir di Malaysia sebelum Hari Merdeka,jika ingin jadi warganegara Malaysia mesti berpengetahuan dalam Bahasa Melayu,kelakuan baik,ingin tinggal tetap di Malaysia 
KEWARGANEGARAAN SECARA NATURALISASI/MASUKAN
untuk warganegara asing yang ingin jadi warganegara Malaysia mesti berumur > 21 tahun, telah tinggal tetap di Malaysia selama 10 tahun,kelakuan baik,tahu berbahasa Melayu
KEWARGANEGARAAN SECARA PERCANTUMAN WILAYAH
mereka yang jadi warganegara Malaysia cara begini ialah penduduk Sabah,penduduk Sarawak,penduduk Singapura,penduduk United Kingdom dan tanah jajahannya serta pemastautin tetap di Sabah dan Sarawak
CARA-CARA PENAMATAN KEWARGANEGARAAN
secara sukarela
secara paksa
PENAMATAN KEWARGANEGARAAN CARA SUKARELA
umurnya > 21 tahun
waras fikirannya
tidak mahu jadi warganegara Malaysia
PENAMATAN KEWARGANEGARAAN CARA PAKSA
ada kerakyatan negara lain
untuk warganegara cara masukan dan pendaftaran shj
tidak setia kepada negara Malaysia
derhaka kepada Malaysia ketika peperangan
derhaka ketika berniaga
menjalankan aktiviti dengan musuh Malaysia
dipenjara > 12 bulan
didenda >RM5000
tinggal di negara lain > 5 tahun secara berterusan
tinggal di negara asing tetapi mendaftar dengan Pejabat konsulat Persekutuan

5 comments:

  1. Info padat dan banyak sangat pengetahuan yang telah saya dapat selepas membaca blog ni.. tahniah untuk group ni.. good luck

    ReplyDelete
  2. Maklimat yang memberansangkan.

    ReplyDelete