Tajuk : Sejarah Malaysia
Pengarang : Nurul Fathiah Binti md.yusof
Sempena
menyambut Hari Kemerdekaan yang bakal tiba ni Saya ingin mengulas tentang
pengalaman saya pergi Lawatan sambil belajar ke Muzium Negara di Kuala Lumpur.
Lawatan tersebut telah dibuat pada hari selasa yang lepas bersama 26 ogos 2014.
Seramai 40 orang yang mengikuti lawatan tersebut ianya terdiri daripada rakan
kelas, pensyarah sebagai guru pengiring dan dua orang lagi pembantu dan pemandu
bas.
Kami
berkumpul di lobi Anjung Persona pada pukul 6:30 pagi, dan bertolak dari PSIS
pada pukul 7:00 pagi. Sebelum menaiki bas kami diberi taklimat sedikit oleh pensyarah
kami iaitu Encik Mohamad Kazar bin Razali. Dan kemudian kami membaca doa yang
diketuai oleh Zunnur ini bagi memudahkan segala urusan.
Kami
tiba di Muzium Negara pada pukul 11:00 pagi. Tiba saja di sana kami semua berkumpul dan menerima tiket untuk masuk ke
dalam muzium. Di sana kami di pandu oleh seorang Penolong Kurator iaitu Encik
Badrul Hisham yang memberi sedikit penerang mengenai tempat-tempat di muzium
tersebut. Menurut beliau terdapat empat galeri di sini yang mempunyai lain
cerita sejarahnya iaitu Galeri A (Sejarah Awal) , Galeri B (Kerajaan-kerajaan
Melayu), Galeri C (Era Kolonial) dan akhir sekali Galeri D (Malaysia Kini).
En.
Hisham telah membawa kami semua melawat keempat-empat galeri tersebut dan
beliau juga menceritakan kepada kami tentang sejarah-sejarah yang berlaku
sepanjang negara kita ingin memperolehi kemerdekaan seperti sekarang.
Baiklah
seterusnya saya akan menceritakan sedikit demi sedikit mengenai sejarah di
negara kita. Di Galeri A anda boleh mengetahui lebih lanjut mengenai Zaman
Prasejarah dan Sejarah awal Malaysia. Seperti yang kita tahu pada zaman awal
prasejrah terdapat empat jenis zaman iaitu zaman Paleolitik, zaman Neolitik,
zaman Mesolitik dan zaman Logam. Zaman
Paleolitik atau juga dikenali dengan Zaman Batu Awal merangkumi suatu jangka
masa yang panjang, iaitu sejak kewujudan manusia hingga sekitar 10,000 tahun
silam. Di Malaysia, bukti awal menunjukkan aktiviti manusia zaman itu bermula
sejak 300,000 tahun dahulu. Zaman ini dicirikan melalui penggunaan peralatan
batu untuk menetak dan peralatan daripada serpihan batu yang lain. Sebagai
contoh di Kota Tampan, peralatan zaman ini ditemui di dalam lapisan debu gunung
berapi Toba yang bertarikh 75,000 tahun dahulu. Mereka juga dikatakan hidup
secara berpindah randah, memburu haiwan, menangkap ikan, dan memungut hasil
hutan sebagai sumber makanan. Dan gua adalah tempat untuk mereka berteduh dan
bermalam. Dan Zaman seterusnya sama saja cuma perbezaannya peralatan mereka dan
daya permikiran mereka juga semakin lama semakin baik.
Rajah 1
Perbezaan bentuk rangka kepala manusia mengikut peredaran zaman.
Rajah 2
Alat penetak yang digunakan oleh manusia pada zaman Paleolitik.
Rajah 3
Alat Beliung Bergilap. Digunakan untuk menebang dan menebuk pada Zaman
Neolitik.
Rajah 4
Gelang Batu yang dijumpai di tapak perkuburan Neolitik.
Galeri
B (Kerajaan-kerajaan Melayu), disini mereka mempamerkan bukti-bukti sejarah
mengenai kemunculan kerajaan-kerajaan melayu di seluruh Nusantara khususnya di
Tanah Melayu dan Borneo. Kemuncak kegemilangan berlaku pada abad ke-15 dengan
kemunculan Kerajaan Melayu Melaka. Turut dimuatkan adalah pembentukan
kerajaan-kerajaan sezaman dan selepas Melaka yang menjadi asas pembentukan
negeri-negeri seperti yang wujud hari ini.
Rajah 5
Merupakan Batu Alas Tiang yang ditemui di Lembah Bujang, Kedah. Ia dipercayai
digunakan sebagai alas tiang balai berhala Hindu-Buddha antara abad ke-5 hingga
12 Masihi. Penemuan batu ini membuktikan bahawa wujudnya pusat peradaban dan
kerajaan di Lembah Bujang.
Rajah 6
Avalokitesvara. Patung Avalokitesvara ini ditemui di sebuah lombong bijih timah
milik Anglo Oriental, Bidor, Perak pada tahun 1936. Ia diperbuat daripada
gangsa dan punyai lapan tangan namun satu daripadanya telah patah. Mengikut
pentarikhan, patung ini dianggarkan wujud antara kurun ke-7 hingga 12 Masihi
pada zaman peradaban Hindu-Buddha. Berat patung ini ialah 140 paun dan
tingginya 93sm.
Rajah 7
Kitab Suci Al-Quran. Tulisan tangannya berasal dari Nusantara.
Galeri
C ( Era Kolonial), disini lebih tentang pada zaman penjajahan di Malaysia. Dari
awal penjajahan hinggalah ke akhirnya.
Rajah 8
Bunga Mas, ufti yang dihantar setiap tiga tahun oleh raja-raja Melayu
negeri-negeri utara Semenanjung Malaysia (Kedah,Kelantan, Terengganu dan
Patani) kepada Raja Siam di bangkok sebagai lambang persahabatan. Pengiriman
Bunga Mas bermula pada abad ke-14 dalam satu persembahan warna-warni penuh
istiadat diiringi dengan empat bilah lembing dengan tengkuk hulunya bersalut
emas, sebilah keris bertatah permata, sebiji ketur, celepa, sirih junjung dan
dua bentuk cincin. Sebagai balasan Raja Siam Menghadiahkan barang-barang yang
senilai dengannya. Pengiriman Bunga Mas telah dihentikan pada abad ke-19.
Rajah 9
Basikal Tentera Jepun pada tahun 1941.
Galeri
D ( Malaysia Kini). Di galeri ini lebih mempamerkan mengenai pembangunan malaysia
kini. Dari awal merdeka sehinggalah kita menjadi negara yang maju sebegini.
Juga ada mempamerkan mengenai kisah sejarah Tuntutan Filipina keatas Sabah.
Pada tahun 1962, kerajaan Filipina telah menuntut kerajaan British supaya
menyerahkan negeri tersebut yang didakwa sebagai hak mereka memandangkan Borneo
Utara adalah sebahagian daripada kesultanan Sulu. Selepas pembentukan Malaysia
pada tahun 1963, Filipina mengemukakan tuntutan terus kepada kerajaan Malaysia.
Akhirnya, pada 12 Februari 1964, Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman telah
mengumumkan secara rasmi pemulihan hubungan diplomatik di antara Malaysia dan
Filipina.
Rajah
10 Tengkolok Diraja merupakan pakaian kebesaran Raja-Raja Melayu sejak beberapa
kurun lamanya.
Rajah
11 Peta Malaysia.
Itu saja
dari saja, harap dapat memberi sedikit pertambahan info kepada anda mengenai
sejarah-sejarah di negara kita Malaysia.Tidak lupa juga ribuan terima kasih kepada pensyarah Pengajian Malaysia kami Encik
Mohamad Kazar bin Razali dan dua orang pegawai muzium iaitu En.Badrul Hisham
dan Cik Fadhiatun atas informasi yang telah mereka kongsikan.