DEFINISI INDIA
1. Orang India Malaysia ialah satu kaum di Malaysia yang berketurunan daripada mereka yang berhijrah dari India Selatan semasa pemerintahan British di Tanah Melayu.
2. Masyarakat India merupakan etnik ketiga terbesar di Malaysia,dan juga salah satu kaum yang telah menyumbang ke arahpembentukan sesebuah masyarakat majmuk di negara kita.separti masyarakat lain,masyarakat India juga kaya dengan ciri-ciri
kebudayaan mereka dan masih mengekalkan
kebudayaan tersebut sehingga kini.Adat resam yang di amalkan oleh masyarakat India mempunyai banyak persamaan dengan kebudayaan masyarakat melayu.Ini jelas terlihat dalam aspek kelahiran dan perkahwinan.Seperti juga masyarakat lain,masyarakat
India juga terdiri daripada pelbagai suku kaum
,justeru itu maklumat berikut hanya memaparkan adat resam masyarakat India secara umum.
PERAYAAN BAGI KAUM INDIA
- Bagi kaum india mereka merayakan perayaan mereka seperti deepavali,thaipusam,dan ponggal bagi setiap tahun.
- Bagi perayaan Deepavali,penganut hindu akan menjalani mandi minyak yang melambangkan penyucian badan dan semangat.
- Selepas upacara penyucian yang melambangkan permulaan yang baru,penganut hindu akan mengunjungi kuil,dimana patung dewa hindu akan dikalungkan dengan kalungan bunga.
- Bagi thaipusam pula,merupakan perayaan menghapuskan dosa-dosa yang telah dilakukan di atas muka bumi.Tidak semua penganut hindu melakukan Nazar.
- Nazar yang membawa maksud memohon sesuatu hajat kepada dewaMurugan dan jika permohonan dikabulkan,maka satu acara tertentu diadakan sebagai tanda kesyukuran.
- Bagi ponggal pula,perayaan ini diraikan secara beramai-ramai. Iaitu dengan memasak menggunakan periuk yang kebanyakannya diperbuat daripada tanah liat,bertujuan untuk menandakan masa mereka menuai hasil tanaman.Ia membawa muhibbah dan persaudaraan kepada mereka yang lama terpisah.
- Perayaan ponggal ini bolehlah dianggap sebagai hari masyarakat hindu mengukuhkan ikatan sesama mereka.
AGAMA HINDU
- Dianuti oleh majoriti kaum India.
- Mengamalkan kepercayaan kepada dewa-dewi.
- Merayakan Hari Deepavali, Hari Thaipusam dan Pesta Ponggal.
- Mempercayai balasan baik dan buruk selepas kematian.
- Sungai Ganges di India sebagai tempat paling suci untuk membersihkan dosa.
PERPADUAN
- Pendidikan yang terdapat di Malaysia mempunyai hubungkait serta pertalian yang erat bagi mencapai matlamat Wawasan 2020.
- Di samping itu juga, pendidikanmemainkan peranan yang penting bukan sahaja bertujuan memenuhi keperluan manusia tetapi juga untuk meningkatkan perpaduan antara kaum. Sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa perpaduan kaum begitu signifikan untuk menyumbang ke arah mencapai matlamat
- Wawasan 2020 untuk menjadi sebuah negara majuyang mengikut acuan sendiri.
- Selain itu juga, pendidikan dijadikan sebagai alatperpaduan antara kaum jelas dinyatakan dalam Penyata Razak 1956.
- Sesungguhnya pendidikan yang ada pada hari ini telah memainkan peranan penting di dalam merealisasikan aspirasi negara dalam mewujudkan perpaduankaum.
- Pendidik hari ini telah membuktikan bahawa mereka berjaya mengimbangkan kewujudan integrasi nasional yang menjamin keamanan dan kesejahteraan negara.
- Menurut Kamus Bahasa Melayu terbitan Fajar Bakti Sdn Bhd, pendidikan bermaksud sesuatu proses belajar dan juga mengajar.
- Perpaduan atau dapat didefinisikan sebagai satu proses yang menyatupadukan seluruh masyarakatdan negara supaya setiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan dinilai bersama serta perasaan cinta dan bangga akan tanah air.
- Di samping itu juga,definisi perpaduan menurut Kamus Dewan 1994 mentakrifkan sebagaipenggabungan, peleburan, persesuaian, kecocokan dan perihal berpadu iaitu bergabung menjadi satu, sepakat dan sebagainya
- Perpaduan ini juga dapat didefinisikan sebagai satu proses yang menyatupadukan seluruh masyarakat dan negara supaya setiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta dan banggakan tanahair.
- Hj. Samat Buang (2003) mentakrifkan perpaduan sebagaisatu penyatuan tenaga, fikiran, cita-cita dan pengorbanan dalam satu ikatan yang sepadu, kuat dan maju
ringkas, mudah difahami dan padat
ReplyDeleteYup betul afiq; ) ringkas dan mudah difahami teruskan usaha anda
ReplyDelete3 star
ReplyDelete