Falsafah PIN
1. Pelan Integriti Nasional (PIN) digubal dengan merangkumi semangat dan prinsip Perlembagaan Persekutuan.
PIN juga menyerap falsafah dan prinsip Rukun Negara, iaitu membina masyarakat yang bersatu padu, adil, demokratik,
liberal dan pro"gresif serta berpegang teguh pada lia prinsip Rukun Negara. PIN turut dibimbing oleh falsafah dan cabaran
Wawasan 2020 ke arah mewujudkan sebuah negara maju menurut acuan sendiri menjelang 2020.

2. Sebagai sebuah pelan yang lahir selaras dengan aspirasi rakyat dan dilaksanakan untuk kesejahteraan mereka,
PIN mencerminkan ciri-ciri khusus masyarakat dan negara Malaysia. Di samping itu, PIN mengambil kira perkembangan antarabangsa pengalaman negara-negara lain serta impak arus globalisasi.

3. Ringkasnya, PIN adalah kesinambungan dan penterjemahan falsafah, prinsip, dan matlamat yang hendak dicapai dalam
Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara serta beberapa dasar strategik sebelum ini, di samping mengambil kira
pelbagai perkembangan dan cabaran baru.

Konsep
4. PIN ialah sebuah pelan induk yang bertujuan memberikan hala tuju serta bimbingan kepada semua komponen atau sektor
masyarakat dan negara. PIN juga memupuk, menyeai dan membaja sistem kehidupan masyarakat dan negara dalam usaha besar
membina sebuah masyarakat yang bermoral dan beretika, sekalgus negara yang berintegriti.

5. PIN merupakan suatu gagasan yang dicetuskan oleh pucuk pimpinan dengan sokongan padu rakyat pelbagai kaum, lapisan dan wilayah.
6. Pendekatan PIN ialah mengkoordinasikan usaha semua komponen dan sektor dalam gerakan pemantapan
integriti. PIN memerlukan keseluruhan institusi governan negara iaitu eksekutif, perundangan dan
kehakiman supaya meningkatkan integriti mereka, menghormati dan mempertahankan prinsip
pemisahan kuasa, serta melaksanakan fungsi masing-masing dengan cekap, telus, adil dan berkesan.
PIN juga memerlukan pelbagai komponen dan institusi dalam masyarakat supaya merangka dan
melaksanakan program pemantapan integriti mereka.

Objektif Umum
7. Objektif umum PIN ialah untuk merealisasikan hasrat Wawasan 2020
, iaitu menjadi sebuah negara maju menurut acuan sendiri dengan "membentuk sebuah masyarakat
yang kukuh ciri-ciri moral dan etikanya, dengan para warganya mempunyai nilai keagamaan dan
kerohanian yang utuh, dan diitunjangi oleh budi pekerti yang luhur.

Objektif khusus
8. Objektif khusus PIN adalah seperti berikut :
* Memberikan hala tuju dan bimbingan pelbagai sektor supaya mereka dapat bekerjasama dalam usaha besar
membina masyarakat yang bersatu padu, berharmoni, berintegriti, bermoral dan beretika;

* Meningkatkan kesedaran, komitmen dan kerjasama pelbagai sektor dalam usaha peningkatan integriti supaya
integriti menjadi budaya masyarakat dan diamalkan dalam semua bidang;

* Menggalakkan semangat bertanggungjawab di kalangan anggota masyarakat serta mendorong perkembangan
masyarakat sivil yang menjunjung prinsip integriti dan bergerak cergas menegakkan integriti;

* Menyumbang kepada usaha pengukuhan asas moral masyarakat dan negara, dan peningkatan kesejahteraan
hidup anggota masyarakat; dan
hidup anggota masyarakat; dan
* Meningkatkan daya saing dan daya tahan Malaysia dalam usaha menangani cabaran abad ke-21 khususnya cabaran globalisasi dengan lebih berkesan
Kesimpulan
Penghayatan dan penterjemahan falsafah, prinsip dan objektif PIN oleh pelbagai sektor masyarakat dan
negara sudah pasti akan menjadi suatu kekuatan yang ampuh bagi mengubah wajah masyarakat dan negara Malaysia.
Kekuatan ini juga akan membolehkan Malaysia menangani cabaran baru abad ke-21 dengan lebih berkesan.
Kesemua ini akan menyumbang kepada pencapaian cita-cita menjadi masyarakat maju mengikut acuan sendiri.

Rujukan
- Buku wawasan 2020, muka surat 20.
- http://web.moe.gov.my/pelanintegrasinasional/
entri yang menarik
ReplyDeletemudah difahami, ringkas dan padat
ReplyDeletebanyakan sumber rujukan dan maksukn gambar or video yang berkaitan.
ReplyDeleteCasinos in South Africa - LuckyClub.live
ReplyDeleteSouth Africa's best casino site. Live casino, slot games, luckyclub.live bingo, and table games - top casino for entertainment in South Africa. Play your favourite games