Sunday 31 August 2014

LAWATAN KE MUZIUM NEGARA

LAPORAN LAWATAN
TAJUK:LAWATAN SAMBIL BELAJAR DI MUZIUM NEGARA
TARIKH:26 OGOS 2014
NAMA:NATASHA BINTI HAMJAH
NO MATRIK:17DHK14F1107
NAMA PENSYARAH:EN.MOHD KAZAR BIN RAZALI
NAMA SUBJEK:PENGAJIANN MALAYSIA (DUB 1012)        

                     Pada tarikh 26 ogos 2014,pada pagi tersebut,pada jam 6:30 pagi kami diminta berkumpul di depan lobi anjung persona,dan bertolak pada jam 7:00 pagi, seramai 38 orang yang mengikuti lawatan sambil belajar di muzium Negara,ianya terdiri daripada rakan sekelas dan pensyarah kami iaitu Encik Mohd Kazar Bin Razali sebagai guru pengiring,

                       kami sampai pada jam 10:00 pagi dan diminta beratur untuk mendapatkan tiket masuk ke muzium.ini adalah pertama kali saya menjejak kaki di muzium ini,terasa amat bertuah kerana diberi kesempatan sebegini,di sini la terletaknya khazanah dan bukti zaman terdahulu yang wujud di Malaysia pada ketika dahulu yang tidak sempat saya alami.Kemudian kami memasuki muzium dengan iringan pensyarah pengajian Malaysia kami, kami disambut oleh dua orang staf muzium iaitu Encik Badrol Hisyam b. Abdul Rahman dan juga Puan Fadhliatun Bt Azmi yang manis orangnya.

                      Seterusnya, kami diberikan sedikit sebanyak penerangan tentang muzium tersebut.Muzium ini terbahagi kepada 4 galeri iaitu Galeri A (sejarah awal) yang menerangkan tentang cara hidup masyarakat awal menerusi setiap artifak yang dipamerkan,alatan yang digunakan pada zaman logam,neolitik,paleolitik, Galeri B (kerajaan awal tanah melayu) lebih kepada melaka ,Galeri C (penjajahan tanah melayu) sejarah kedatangan kuasa asing bermula dari penjajahan portugis ke atas Melaka pada tahun 1511 yang menandakan berakhirnya zaman kesultanan melayu Melaka sehingga pendudukan jepun dan Galeri D (Malaysia kini) sejarah gerakan awal nasionalisme yang dipelopori oleh tokoh kebangsaan dari pelbagai kaum,bermula daripada campur tangan inggeris sehingga mencapai kemerdekaan pada 1957 dan turut memaparkan pencapaian Negara selepas kemerdekaan hingga kini.
     
                     selain itu,kami dibawa melawat sekitar muzium dan diberi penerangan tentang sejarah awal  tamadun,sistem pemerintahan ,perkembangan sosial,serta pembentukan  Malaysia,ini adalah foto yang diambil oleh saya di muzium tersebut,   
                                 
rempah ratus dan hasil hutan

rantai diperbuat dari cengkerang

cop mohor kerajaan melayu

jenis matawang 


                                       
batu nisan sultan mansur shah

bendul pintu

kapal perahu diraja

batu ibnu sardan

seramik dari kapal turiang

                Maklumat yang disampai oleh mereka adalah sangat berguna walaupun lebih kurang dua jam,tetapi banyak perkara yang baharu bagi saya,untuk menimba ilmu.


              Pada jam 12:00 tengahari,kami dilepaskan untuk makan tengah hari yang disediakan oleh AJK makanan yang bertempat di cafeteria muzium Negara,setelah selesai makan kami diberikan masa selama setengah jam oleh En.kazar untuk melawat kawasan sekitar muzium untuk mengumpul maklumat yang lebih terperinci lagi .

              Pada jam 2:00 petang kami berkumpul di tempat yang telah ditetapkan dan bertolak,di dalam perjalanan kami singgah di hentian rehat SG,Buloh pada pukul 2:30 petang untuk menunaikan solat fardhu dan makan.kami bergerak pulang pada jam 3:00 petang dan tiba di politeknik pada jam 5:00 petang.

             lawatan yang dijalankan ini adalah sangat berguna,ini kerana banyak pengetahuan yang dapat saya perolehi daripada lawatan ini,lawatan ini juga dapat menarik minat pelajar dalam mempelajari pengajian Malaysia dengan lebih mendalam dan bersungguh sungguh,Dan ribuan terima kasih saya ucapkan kepada pihak muzium kerana telah memberi kami kesempatan untuk mengunjungi muzium ini.

            Ini adalah foto-foto yang dapat saya sediakan
                                             




                                                                                                                                                                    

6 comments: