Saturday 30 August 2014

NURUL FATHIAH BT MD.YUSOF (17DHK14F1075)

Tajuk : Sejarah Malaysia
Pengarang : Nurul Fathiah Binti md.yusof

Sempena menyambut Hari Kemerdekaan yang bakal tiba ni Saya ingin mengulas tentang pengalaman saya pergi Lawatan sambil belajar ke Muzium Negara di Kuala Lumpur. Lawatan tersebut telah dibuat pada hari selasa yang lepas bersama 26 ogos 2014. Seramai 40 orang yang mengikuti lawatan tersebut ianya terdiri daripada rakan kelas, pensyarah sebagai guru pengiring dan dua orang lagi pembantu dan pemandu bas.
Kami berkumpul di lobi Anjung Persona pada pukul 6:30 pagi, dan bertolak dari PSIS pada pukul 7:00 pagi. Sebelum menaiki bas kami diberi taklimat sedikit oleh pensyarah kami iaitu Encik Mohamad Kazar bin Razali. Dan kemudian kami membaca doa yang diketuai oleh Zunnur ini bagi memudahkan segala urusan.

Kami tiba di Muzium Negara pada pukul 11:00 pagi. Tiba saja di sana kami semua  berkumpul dan menerima tiket untuk masuk ke dalam muzium. Di sana kami di pandu oleh seorang Penolong Kurator iaitu Encik Badrul Hisham yang memberi sedikit penerang mengenai tempat-tempat di muzium tersebut. Menurut beliau terdapat empat galeri di sini yang mempunyai lain cerita sejarahnya iaitu Galeri A (Sejarah Awal) , Galeri B (Kerajaan-kerajaan Melayu), Galeri C (Era Kolonial) dan akhir sekali Galeri D (Malaysia Kini).
En. Hisham telah membawa kami semua melawat keempat-empat galeri tersebut dan beliau juga menceritakan kepada kami tentang sejarah-sejarah yang berlaku sepanjang negara kita ingin memperolehi kemerdekaan seperti sekarang.

Baiklah seterusnya saya akan menceritakan sedikit demi sedikit mengenai sejarah di negara kita. Di Galeri A anda boleh mengetahui lebih lanjut mengenai Zaman Prasejarah dan Sejarah awal Malaysia. Seperti yang kita tahu pada zaman awal prasejrah terdapat empat jenis zaman iaitu zaman Paleolitik, zaman Neolitik, zaman Mesolitik dan zaman Logam. Zaman Paleolitik atau juga dikenali dengan Zaman Batu Awal merangkumi suatu jangka masa yang panjang, iaitu sejak kewujudan manusia hingga sekitar 10,000 tahun silam. Di Malaysia, bukti awal menunjukkan aktiviti manusia zaman itu bermula sejak 300,000 tahun dahulu. Zaman ini dicirikan melalui penggunaan peralatan batu untuk menetak dan peralatan daripada serpihan batu yang lain. Sebagai contoh di Kota Tampan, peralatan zaman ini ditemui di dalam lapisan debu gunung berapi Toba yang bertarikh 75,000 tahun dahulu. Mereka juga dikatakan hidup secara berpindah randah, memburu haiwan, menangkap ikan, dan memungut hasil hutan sebagai sumber makanan. Dan gua adalah tempat untuk mereka berteduh dan bermalam. Dan Zaman seterusnya sama saja cuma perbezaannya peralatan mereka dan daya permikiran mereka juga semakin lama semakin baik.

Rajah 1 Perbezaan bentuk rangka kepala manusia mengikut peredaran zaman.

Rajah 2 Alat penetak yang digunakan oleh manusia pada zaman Paleolitik.

Rajah 3 Alat Beliung Bergilap. Digunakan untuk menebang dan menebuk pada Zaman Neolitik.

Rajah 4 Gelang Batu yang dijumpai di tapak perkuburan Neolitik.

Galeri B (Kerajaan-kerajaan Melayu), disini mereka mempamerkan bukti-bukti sejarah mengenai kemunculan kerajaan-kerajaan melayu di seluruh Nusantara khususnya di Tanah Melayu dan Borneo. Kemuncak kegemilangan berlaku pada abad ke-15 dengan kemunculan Kerajaan Melayu Melaka. Turut dimuatkan adalah pembentukan kerajaan-kerajaan sezaman dan selepas Melaka yang menjadi asas pembentukan negeri-negeri seperti yang wujud hari ini.

Rajah 5 Merupakan Batu Alas Tiang yang ditemui di Lembah Bujang, Kedah. Ia dipercayai digunakan sebagai alas tiang balai berhala Hindu-Buddha antara abad ke-5 hingga 12 Masihi. Penemuan batu ini membuktikan bahawa wujudnya pusat peradaban dan kerajaan di Lembah Bujang.

Rajah 6 Avalokitesvara. Patung Avalokitesvara ini ditemui di sebuah lombong bijih timah milik Anglo Oriental, Bidor, Perak pada tahun 1936. Ia diperbuat daripada gangsa dan punyai lapan tangan namun satu daripadanya telah patah. Mengikut pentarikhan, patung ini dianggarkan wujud antara kurun ke-7 hingga 12 Masihi pada zaman peradaban Hindu-Buddha. Berat patung ini ialah 140 paun dan tingginya 93sm.

Rajah 7 Kitab Suci Al-Quran. Tulisan tangannya berasal dari Nusantara.

Galeri C ( Era Kolonial), disini lebih tentang pada zaman penjajahan di Malaysia. Dari awal penjajahan hinggalah ke akhirnya.

Rajah 8 Bunga Mas, ufti yang dihantar setiap tiga tahun oleh raja-raja Melayu negeri-negeri utara Semenanjung Malaysia (Kedah,Kelantan, Terengganu dan Patani) kepada Raja Siam di bangkok sebagai lambang persahabatan. Pengiriman Bunga Mas bermula pada abad ke-14 dalam satu persembahan warna-warni penuh istiadat diiringi dengan empat bilah lembing dengan tengkuk hulunya bersalut emas, sebilah keris bertatah permata, sebiji ketur, celepa, sirih junjung dan dua bentuk cincin. Sebagai balasan Raja Siam Menghadiahkan barang-barang yang senilai dengannya. Pengiriman Bunga Mas telah dihentikan pada abad ke-19.

Rajah 9 Basikal Tentera Jepun pada tahun 1941.

Galeri D ( Malaysia Kini). Di galeri ini lebih mempamerkan mengenai pembangunan malaysia kini. Dari awal merdeka sehinggalah kita menjadi negara yang maju sebegini. Juga ada mempamerkan mengenai kisah sejarah Tuntutan Filipina keatas Sabah. Pada tahun 1962, kerajaan Filipina telah menuntut kerajaan British supaya menyerahkan negeri tersebut yang didakwa sebagai hak mereka memandangkan Borneo Utara adalah sebahagian daripada kesultanan Sulu. Selepas pembentukan Malaysia pada tahun 1963, Filipina mengemukakan tuntutan terus kepada kerajaan Malaysia. Akhirnya, pada 12 Februari 1964, Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman telah mengumumkan secara rasmi pemulihan hubungan diplomatik di antara Malaysia dan Filipina.

Rajah 10 Tengkolok Diraja merupakan pakaian kebesaran Raja-Raja Melayu sejak beberapa kurun lamanya.

Rajah 11 Peta Malaysia.

Itu saja dari saja, harap dapat memberi sedikit pertambahan info kepada anda mengenai sejarah-sejarah di negara kita Malaysia.Tidak lupa juga ribuan terima kasih  kepada pensyarah Pengajian Malaysia kami Encik Mohamad Kazar bin Razali dan dua orang pegawai muzium iaitu En.Badrul Hisham dan Cik Fadhiatun atas informasi yang telah mereka kongsikan.






1 comment: