Saturday 30 August 2014

NURUL NADHIRAH BT ROSLAINI (17DHK14F1108)

TAJUK PROGRAM 

Lawatan sambil belajar ke Muzium Negara

TEMPAT

Muzium Negara 

TARIKH 

26 Ogos 2014

Di hening pagi yang mendamaikan dan nyaman, kami telah mengadakan satu lawatan ke Muzium Negara.
Kami berkumpul di Anjung Pesona pada pukul 6.30 pagi dan bergerak ke destinasi pada pukul 7.00 pagi
dengan menaiki bas yang telah disediakan oleh politeknik. Kemudian, kami singgah di Petronas dan
bersarapan disitu. Kami telah disediakan dua roti dan satu air kotak. Setelah selesai bersarapan, 
kami meneruskan perjalanan kami yang mengambil masa selama tiga jam. Kami tiba di destinasi pada 
10.00 pagi. Kami diminta untuk berkumpul dan berbaris untuk mengambil tiket masing masing.




Kemudian, kami memasuki muzium diiringi oleh pensyarah Pengajian Malaysia kami iaitu Encik
Mohammad Kazar bin Razali. Kami diberitahu bahawa muzium tersebut mempunyai empat
 galeri iaitu Galeri A, Galeri B , Galeri C dan D. Galeri A dan B mengandung informasi, replika 
dan acra mengenai Zaman Prasejarah dan Kerajaan Melayu. Manakala Galeri C dan D,
 Penjajahan Komanwel Barat. Sepanjang lawatan itu kami diiringi oleh dua orang pengawai 
muzium yang menjadi panduan kepada sebarang pertanyaan dan informasi iaitu Encik Badrolhisham 
dan Cik Fadhliatun. Kami melawati keempat- empat galeri itu dengan keadaan teratur dan mengikut
 susunan. Setelah selesai, kami berehat seketika untuk makan tengahari. Menu makanan tengahari kami 
ialah nasi ayam yang berkoskan RM5 bersama air mineral.




Kemudian, kami kembali berkumpul di tempat yang sama untuk bergerak ke pameran seterusnya. 
Kami dibawa untuk singgah ke rumah tradisional, disitu terdapat beberapa pameran mengenai adat
istiadat orang Melayu dalam perkahwinan. Selepas itu, kami meneruskan destinasi kami ke muzium
seterusnya. Muzium terakhir mengandungi pameran mengenai cari hidup orang Melayu di kampung. Setelah selesai, kami dibenarkan untuk meronda ke muzium yang telah lawati. Kami sempat bergambar
dengan para pelancong dari luar negara. Kemudian kami berkumpul pada pukul 1.50 petang dan bergerak
pada pukul 2.00 petang.




Kami singgah di hentian rehat SG.Buloh pada pukul 2.30 petang untuk solat dan makan. 
Kami bergerak pulang pada pukul 3.00 petang. Kami tiba di Politeknik Sultan Idris Shah 
pada pukul 5.00 petang. Banyak ilmu dan pengetahuan telah saya diperolehi daripada lawatan
 tersebut. Saya mahu mengucapkan ribuan terima kasih pada dua orang pengawai muzium, 
Encik Badrolhisham dan Cik Fadhliatun atas informasi yang mereka telah kongsikan. 
Tidak lupa juga pada pensyarah Pengajian Malaysia kami, Encik Mohammad Kazar bin 
Razali dan DHK 1C atas kerjasama mereka.`



1 comment: